Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

57) PENUNGGANG MOTOSIKAL E HAILING

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan dan perancangan Kerajaaan Negeri dalam menerima peningkatan penunggang motosikal E Hailing yang dijangka meningkat dengan pengenalan syarikat Gojek?

    Pelaksanaan projek perintis atau Proof Of Concept (POC) bagi perkhidmatan bike-hailing oleh Kerajaan Persekutuan yang bermula pada Januari 2020 untuk tempoh enam (6) bulan belum dimuktamadkan. Projek perintis tersebut dijalankan sebagai syarat yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan bagi tujuan untuk mengawal selia perkhidmatan tersebut, dan kelancaran projek ini turut terkesan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 akibat penularan wabak Covid-19.

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa perkara ini perlu dibuat penelitian bukan sahaja kerana ianya melibatkan pelbagai aspek sama ada dari segi perundangan, keselamatan, peraturan jalan raya dan penguatkuasaan serta sensitiviti dari sudut Perundangan Syariah di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.