Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

216) PENUNGGANG MOTOSIKAL E HALING

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persediaan dan perancangan Kerajaaan Negeri dalam menerima peningkatan penunggang motosikal E haling yang dijangka meningkat dengan pengenalan syarikat Gojek?

    Kerajaan Persekutuan masih dalam pelaksanaan projek perintis atau Proof Of Concept (POC) bagi perkhidmatan bike-hailing dan belum memuktamadkan sebarang keputusan. Projek perintis tersebut dijalankan sebagai syarat yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan bagi tujuan untuk mengawal selia perkhidmatan tersebut.

     

    Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa perkara ini perlu dibuat penelitian terlebih dahulu kerana ianya melibatkan pelbagai aspek sama ada dari segi perundangan, keselamatan, peraturan jalan raya dan penguatkuasaan serta sensitiviti dari sudut Perundangan Syariah di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.