Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

68) PENURAPAN JALAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat jalan-jalan yang diturap rosak dengan begitu cepat, apakah jaminan kerajaan supaya perkara ini tidak berulang lagi?

    Antara jaminan kerajaan supaya perkara ini tidak berulang adalah seperti berikut:

     

    • Melaksanakan Program Kajian Pavemen. Ia adalah satu kaedah saintifik di mana kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Program Kajian Pavemen tersebut.

     

    • Program latihan komprehensif kepada semua pegawai / kakitangan teknikal JKR/PBT/Pejabat Tanah Dan Daerah/JPS yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan. Program ini akan diteruskan sehingga semua pegawai/kakitangan Agensi Pelaksana dilatih. Pada Tahun 2015, program ini turut disertai oleh pihak pembekal dan juga pihak kuari. Bagi tahun 2016, program ini akan diperluaskan kepada pihak kontraktor yang berdaftar dengan UPEN. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal yang sebenar supaya kualiti pembinaan dapat

     

    • Melaksanakan kerja selenggaraan jalan negeri secara Kontrak Berpusat dan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan – Jalan Negeri.

     

    • JKR Negeri Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan dan telah diedarkan kepada

     

    semua pegawai JKR di Negeri Selangor sebagai rujukan semasa kerja- kerja pengawasan di tapak.

     

    • Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya sentiasa ditingkatkan. Ibu Pejabat JKR Malaysia sentiasa mengemaskini spesifikasi pembinaan dan senggaraan jalan yang dilaksanakan oleh kumpulan pakar di Ibu Pejabat JKR

     

    • Pengarah JKR Selangor mensyaratkan kakitangan kontraktor yang dilantik untuk menyelia tapak projek turapan jalan diwajibkan memiliki kelayakan Sijil Competence dari mana – mana badan yang sah atau menghadiri kursus yang dianjurkan oleh JKR Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.