Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

332) PENURAPAN JALAN KAWASAN INDUSTRI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan Kerajaan untuk menurap jalan-jalan di dalam kawasan perindustrian yang kini agak terabai

    Program penurapan semula jalan di kawasan perindustrian dirancang dan dilaksanakan secara tahunan oleh PBT menerusi peruntukan yang dipohon dari Geran MARRIS sebahagiannya diterima melalui Peruntukan khas Jalan- jalan di dalam kawasan industri boleh diturap menggunakan Geran MARRIS dengan syarat jalan tersebut didaftarkan dalam Sistem MARRIS mengikut justifikasi yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.