Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

65) PENURAPAN JALAN LUAR BANDAR DESA & KAMPUNG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca dan sebab permohonan menggunakan peruntukan MARRIS untuk menurap kawasan jalan / lorong / lorong belakang rumah di sekitar luar bandar, desa dan kampung tidak dibenarkan? Sedangkan kewujudan sebahagian besar kawasan perkampungan bermula sebelum zaman kemerdekaan Malaysia

    Punca mengapa permohonan menggunakan peruntukan MARRIS untuk menurap kawasan jalan / lorong / lorong belakang rumah di sekitar luar bandar, desa dan kampung tidak dibenarkan kerana beberapa perkara antaranya struktur jalan sedia ada tidak menepati spesifikasi minimum jalan MARRIS seperti lebar permukaan jalan bagi Jalan Kampung minimum ialah 4.27 meter (14 kaki) manakala bagi Lorong Belakang ialah 2.44 – 4.27 meter (8 -14 kaki). Pembinaan jalan sedia ada yang bukan di atas rizab jalan atau tiada izin lalu bertulis dari tuan tanah juga yang menyebabkan permohonan tidak dapat dipertimbangkan melainkan selepas izin lalu bertulis diperolehi.

Lampiran

Tiada Lampiran.