Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

109) PENURUNAN CUKAI PINTU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam Manifesto pilihan raya lalu Pakatan Rakyat telah menjanjikan untuk menurunkan 20 peratus cukai pintu. Sehingga hari ini janji hanya tinggal janji, rakyat di tipu. Denda lewat bayar telah dinaikkan kepada RM20, ini bebankan rakyat bukan semua rakyat mampu bayar mengikut tarikh yang ditetapkan. Bilakah Kerajaan Negeri di bawah PR hendak menurunkan cukai pintu dan denda lewat yang dikenakan, rakyat amat berharap ianya dapat diturunkan, ianya dapat meringankan bebanan kehidupan rakyat sekarang dalam keadaan ekonomi yang lembap ini?

    Kerajaan Negeri belum berhasrat untuk menurunkan cukai taksiran kerana kadar cukai
    taksiran yang dikenakan di kebanyakan PBT di Negeri Selangor adalah kadar yang
    berasaskan nilaian tahunan yang sudah lama iaitu tahun 1990an. Malah, ada juga
    terdapat beberapa PBT yang masih mengguna pakai asas nilaian tahun 1980-an.
    Keadaan ini menyebabkan, PBT di Negeri Selangor tidak dapat mengoptimumkan
    kutipan hasil mereka berikutan asas nilaian yang berbeza-beza. Selain itu, dengan
    keadaan ekonomi yang masih tidak menentu serta kos-kos pengurusan seperti
    penyelenggaraan jalan, parit dan longkang serta pengurusan sisa pepejal yang semakin
    meningkat telah menjadi satu tanggungan yang besar kepada PBT yang perlu
    memaksimumkan tanggungjawabnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada
    rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.