Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

8) PENURUNAN HARGA PADI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi masalah penurunan harga padi?

    Inisiatif kerajaan negeri untuk mengatasi jika berlaku pengurangan harga padi adalah dengan pendekatan mengurangkan kos operasi penanaman padi. Pendekatan baru meningkatkan hasil padi adalah penanaman padi menggunakan kaedah SRI (System Rice Intensification) di mana kaedah mengaplikasikan penanaman secara Natural Farming dan kaedah ini dijangka dapat meningkatkan penghasilan padi beririgasi dengan mengubah pengurusan pokok, tanah, air dan nutrisi. Kaedah SRI ini juga dapat menjamin keseimbangan agro ekosistem, kualiti tanah dan memelihara alam sekitar.

    Selain itu kos pengurusan sawah juga dapat dikurangkan. Ini memberi impak positif kepada pendapatan pesawah apabila kos dapat dikurangkan hampir separuh daripada kos asal. Oleh itu, walaupun harga padi menurun, petani masih dapat menjana pendapatan kerana kos yang rendah. Kaedah ini sudah mula diamalkan oleh beberapa petani di Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor dan kini semakin ramai yang mengamalkannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.