Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

181) PENUTUPAN KILANG JVC

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kehilangan pelaburan dari Kilang JVC pasti memberi kesan kepada pendapatan negeri, apakah tindakan kerajaan untuk menguatkan kembali hasil dapatan negeri dari konteks pelaburan?

    Dalam memastikan Negeri Selangor kekal sebagai salah satu destinasi pelaburan di Malaysia, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengambil beberapa langkah bagi mempergiatkan lagi program promosi pelaburan bagi memperkenalkan peluang-peluang pelaburan di Selangor seperti berikut;-

    • Meningkatkan program promosi pelaburan di dalam dan luar negara.
    • Penyertaan wakil Kerajaan Negeri dalam misi penggalakkan pelaburan dan perdagangan anjuran MITI / MIDA.
    • Penerbitan iklan-iklan dalam media cetak dan media elektronik dalam dan luar negara.
    • Program-program pertemuan dengan pelabur sedia ada bagi membantu menyelesaikan isu berbangkit.
    • Program pertemuan dengan pihak kedutaan dan dewan-dewan perniagaan asing.
    • Penyertaan dalam pameran-pameran yang berkaitan dalam dan luar negara.
    • Memantau kemajuan serta membantu mempercepatkan proses kelulusan cadangan-cadangan projek pelaburan melalui Mesyuarat Penyelarasan Projek yang dipengerusikan oleh YB EXCO.
    • Mengadakan mesyuarat IPMC secara berkala bagi membantu menyelesaikan isu-isu infra di kawasan-kawasan perindustrian melalui Mesyuarat IPMC yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Meningkatkan program Engagement bersama Stakeholder

Lampiran

Tiada Lampiran.