Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

58) PENUTUPAN LOJI RAWATAN AIR SSP3

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah sebad dan punca berlakunya penutupan loji yang menyebadkan ratusan ribu pengguna tiada bekalan air ?

    Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pada 6 Mac 2018 dengan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah bertujuan untuk memberi laluan kepada pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) menjalankan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal iaitu kerja penggantian ‘Check Valve’ pada pam set no.3 bagi memastikan pihak loji dapat mengeluarkan bekalan air terawat seperti yang dikehendaki secara purata 830 Juta Liter

    Untuk hentitugas di LRA SSP3 ini, pihak SPAN juga telah meluluskan gangguan bekalan air berjadual yang melibatkan 563,662 akaun pengguna di enam (6) wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang dijadualkan akan pulih sepenuhnya pada 9 Mac 2018.

    Walau bagaimanapun, setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan pada jam 5.00 petang 6 Mac 2018 dan semasa persiapan untuk pengoperasian semula loji, satu insiden luar jangka telah berlaku iaitu Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) melibatkan paip bersaiz 1100mm telah pecah. Dalam insiden ini, lima (5) orang kakitangan telah cedera iaitu seorang kakitangan Air Selangor dan empat (4) orang kakitangan dari LRA SSP3.

    Ekoran daripada insiden tidak dijangka ini, telah mengakibatkan tempoh masa pemulihan bekalan air di enam (6) wilayah telah tersasar dari jadual asal sepertimana hebahan media yang telah dibuat awal sebelum itu.

Lampiran

Tiada Lampiran.