Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

135) PENUTUPAN MENARA TINJAU

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pihak Majlis Perbandaran Kajang telah meletakkan pengadang (barricade) di jalan masuk ke Pusat Pelancongan Menara Tinjau kepada pengunjung. Mengapa tindakan memasang barricade bagi menghalang pengunjung datang dilakukan oleh pihak MPKJ?

    Pihak MPKj meletakkan penghadang (barricade) di jalan masuk ke Pusat Pelancongan Menara Tinjau adalah bertujuan untuk mengatasi masalah hakisan yang serius pada cerun bukit di bahagian-bahagian yang dikenal pasti sekitar kompleks tersebut, khususnya di Aras 2 (bersempadan cerun tebing tinggi TLK-Dewan makan utama), Aras 3 (tambahan struktur lantai konkrit bertetulang mengunjur dari laman restoran sedia ada bertiang dan berbumbung terbuka) dan Aras 4 (sekitar restoran – Menara Tinjau). MPKj melaksanakan tanggungjawab dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan seperti termaktub di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974(A133), Akta Perancangan Bandar dan Dewa 1976 (A172), Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta Kerajaan

    Tempatan 1976 (A171) serta Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Industri (MPKj) 2007.

Lampiran

Tiada Lampiran.