Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

142) PENUTUPAN OPERASI LOJI AIR SEMENYIH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi dan punca sebenar gangguan bekalan air yang menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih. LRA Langat dan LRA Cheras baru- baru ini

    Loji Pembersihan Air (LPA) Sungai Semenyih telah mengalami henti tugas sebanyak 4 kali pada 22 September (3 jam), 23 September (12 jam), 24 September (4 jam) dan 4 Oktober 2016 berpunca daripada pencemaran bau sehingga 12 ton yang dikenal pasti adalah daripada pelepasan sisa industri di Sungai

    LPA Sungai Langat dan Cheras Batu 11 telah mengalami henti tugas pada 7 Oktober 2016 hingga 8 Oktober 2016 disebabkan oleh pencemaran bau yang disyaki berpunca dari sisa industri dari kawasan perindustrian Bentong. Tempoh penutupan LPA Sg. Langat adalah selama 13 jam 15 minit, manakala  LPA Cheras Batu 11 adalah selama 14 jam. Kedudukan LPA Cheras Batu 11 adalah di hilir Sg. Langat berbanding LPA Sg. Langat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.