Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

206) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPAN DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan tindakan penyahwartaan hutan simpan di Negeri Selangor sejak Mei 2018.

    1. Sejak Mei 2018, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah mengambil tindakan penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal seperti berikut:-

     

    1. Menyahwarta sebahagian HSK Rantau Panjang, Mukim Rawang seluas ±1.55ha @ ±3.82 ekar bagi tujuan Loji Air Rantau Panjang;

     

    1. Dalam tindakan nyahwarta sebahagian HSK Bukit Lagong (Kompartmen 19), Mukim Rawang seluas ±28.3ha @±70 ekar bagi tujuan pembangunan oleh PKNS dan Spanland Sdn. Bhd.;

     

    • Dalam tindakan nyahwarta HSK Kuala Sepang, Mukim Sepang seluas ±1.37 ha @ ±3.39 ekar bagi tujuan Projek Membina Jalan dari Jambatan Sungai Sepang untuk menghubungkan Kampung India, Bukit Pelandok, Port Dickson dengan Bandar Sungai Pelek, Sepang, Selangor; dan

     

    1. Dalam tindakan nyahwarta HSK Kuala Langat Utara, Mukim Tanjung Dua Belas seluas ±931.17 ha @ ±2,300 ekar bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Menteri Besar Incrporated (MBI) dan Titian Jutaria Sd. Bhd.

Lampiran

Tiada Lampiran.