Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

59) PENYAHWARTAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL UNTUK PEMBINAAN LEBUHRAYA KLORR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Meminta kerajaan memberi penerangan tentang kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar tentang penyahwartaan (degazzette) hutan simpanan kekal untuk membina lebuhraya Kuala Lumpur Outer Ring Road (KLORR).

    Pembinaan Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) atau sekarang ini dikenali sebagai EKVE merupakan projek yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah lalulintas. Pelaksanaan projek ini akan melibatkan proses pemansuhan (penyahwartaan) hutan simpanan kekal.

    Penyahwartaan ini dijangka mendatangkan kesan kepada kawasan tadahan air dan juga biodiversiti. Walau bagaimana pun, perkara-perkara ini telah pun diperincikan dalam “Laporan Terperinci Kesan Alam Sekeliling” (DEIA) yang telah pun diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar. DEIA ini juga menjelaskan secara terperinci langkah-langkah mitigasi yang perlu diambil dan dipatuhi oleh pelaksana projek.

Lampiran

Tiada Lampiran.