Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

107) PENYAKIT KRONIK ROTAVIRUS DAN ZIKA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah dan pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk meminimakan jangkitan Rotavirus dan Zika di setiap PBT?

    Langkah kawalan bagi kes Zika yang dilaksana oleh pihak JKN Selangor/ PKD adalah seperti langkah kawalan bagi menangani kes denggi. Ini termasuklah:

    • Pemusnahan tempat pembiakan
    • Larvaciding bagi membunuh jentik-jentik
    • Semburan ruang termal/ ULV bagi membunuh nyamuk dewasa
    • Pendidikan kesihatan berterusan menggunakan pelbagai platform kepada masyarakat
    • Penguatkuasaan

    Langkah kawalan bagi kes Rotavirus yang dilaksana oleh pihak JKN Selangor/ PKD adalah seperti berikut:

    • Penyakit Rotavirus merupakan penyakit AGE(cirit-birit dan muntah)yang tidak disenaraikan sebagai penyakit yang perlu dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan. Walau bagaimanapun jika berlaku kejadian penyakit AGE(cirit-birit dan muntah) melebihi 2 orang pada masa dan tempat yang sama, ianya perlu dilaporkan kepada jabatan kesihatan untuk tindakan kawalan dan pencegahan. Tindakan ini termasuklah:
    • -Pendidikan kesihatan mengenai simptom-simptom, cara penularan dan komplikasi penyakit
    • -Edaran risalah & poster berkaitan penyakit AGE dan Keracunan Makanan
    • -Menunjuk cara dan arahan untuk aktiviti pembersihan serta disinfeksi premis kepada pemilik
    • -Memaklumkan kepada klinik kesihatan untuk meningkatkan „index of suspicious‟ bila merawat pesakit yang mempunyai gejala penyakit
    • -Arahan penutupan premis di bawah Akta CDC 1988 jika premis didapati menjadi punca penyakit

Lampiran

Tiada Lampiran.