Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

145) PENYALAHGUNAAN SIBER KAFE

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Penyalahgunaan siber kafe adalah semakin berleluasa. Ini telah menimbulkan masalah sosial yang semakin serius. Siber kafe tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan membiarkan remaja-remaja bawah 18 tahun masuk ke siber kafe. Ini telah menyebabkan remaja-remaja ini menyalahgunakan siber. Adakah Kerajaan Negeri akan menimbang semula permit atau lesen yang telah diluluskan?

    Lesen yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri boleh ditangguhkan atau dibatalkan sekiranya terdapat pelanggaran syarat-syarat PBT oleh pemegang lesen. Setiap pembaharuan tahunan lesen siber kafe perlu mendapat sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada unsur perjudian dijalankan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.