Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

232) PENYEBARAN AJARAN SESAT DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas kumpulan ajaran sesat yang masih aktif beroperasi di Selangor?

    Antara tindakan Kerajaan Negeri ke atas kumpulan ajaran sesat yang masih aktif di Selangor adalah seperti berikut:

     

    • Merangka pelan tindakan dan modul bagi memantapkan akidah umat Islam, seperti Modul Training Of Trainer Isu-isu Akidah Negeri Selangor dan Modul Penghayatan

     

    • Mengetengahkan kepada masyarakat secara terancang dan tersusun perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah Ahli Sunnah Wal

     

    • Mewujudkan 70 penceramah-penceramah pakar dalam bidang akidah untuk berhadapan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat dan memberi penjelasan kepada

     

    • Mempertingkatkan media dakwah melalui laman sesawang JAIS dan portal untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran fahaman mahupun dakyah agama lain sehingga ke akar

     

    • Memanggil kumpulan atau pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat untuk mendapatkan penjelasan dan menasihati mereka untuk meninggalkan ajaran sesat tersebut, seperti mengadakan sesi penjelasan sepanjang tahun 2015, 4 sesi dialog kefahaman ASWJ dan penjelasan ajaran sesat telah diadakan yang melibatkan 10 buah pusat rawatan Islam, 3 dialog berkenaan isu akidah iaitu Kumpulan Hizbut Tahrir, Kumpulan Tarekat Samaniah Ibrahim Bonjol dan Fahaman Syiah, pada 3 Februari 2016 telah sesi penjelasan pengikut Tarekat Naksyabandiah Kadirun Yahya bersama panel Mesyuarat Jawatankuasa Pengawalan Akidah MAIS.

     

    • Mengeluarkan fatwa oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh JAIS bagi menghalang umat Islam terlibat dengan ajaran

     

    • Mengadakan muzakarah terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang membawa fahaman atau ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang

     

    • Menguatkuasakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan Enakmen pentadbiran agama Islam (Negeri Selangor ) 2003 & Pindaan 2011 atas mana-mana seksyen kesalahan yang

     

    1. Beberapa bentuk pencegahan atau program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk Membanteras dan melumpuhkan ajaran ini sehingga ke akar umbi adalah seperti berikut:

     

    • Memberi penjelasan mengenai bahaya ajaran sesat atau mana-mana ajaran sesat yang telah difatwakan kepada masyarakat melalui Khutbah, Forum, seminar dan lain-lain medium yang boleh menyampaikan keburukan ajaran sesat kepada agama, bangsa dan negara. Seperti di lampiran

     

    • Menerbitkan buku akidah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang

     

    • Meminta institusi masjid dan NGO bekerjasama untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya ajaran sesat kepada

     

    • Memperkasakan tauliah mengajar di masjid dan surau Negeri Selangor bagi mengawal atau penceramah yang membawa fahaman yang mengelirukan masyarakat.

     

    • Mengeluar dan menyebarkan bahan penerbitan termasuk poster berkaitan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kalimah Allah dan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam untuk edaran ke masjid, surau, agensi- agensi kerajaan atau swasta dan sebagainya bagi menyanggah aliran- aliran yang menyimpang dari ajaran

     

    • Membuat jalinan kerjasama antara agensi kerajaan mahupun swasta untuk mengekang dan membanteras ajaran-ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam.

     

    • Mengadakan majlis dan program istitabah terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang telah bertaubat untuk membetulkan akidah dan kefahaman salah mereka kepada ajaran Islam yang

Lampiran

Tiada Lampiran.