Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

80) PENYEBARAN AKHBAR SELANGORKINI

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah bilangan akhbar rasmi Kerajaan Negeri iaitu Selangorkini yang diedarkan kepada pembaca setiap keluaran bermula dari tahun 2010 sehingga kini ?

    Selangorkini diedarkan seminggu sekali di mana 100,000 naskhah dicetak setiap edisi. Bagaimanapun, kita telah meningkatkan kepada 150,000 naskhah bermula pertengahan Februari tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.