Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

141) PENYEDIAAN PELAN HAK MILIK SAMBUNGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah proses yang terlibat dalam penyediaan Pelan Hak Milik Sambungan (Title in Continuation) selepas selesai sesuatu pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960?

    Jika sebahagian lot tanah yang diambil di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960, pengukuran semula baki tanah hendaklah dilaksanakan untuk Hak milik Sambungan dapat disedia dan Terdapat dua (2) kaedah untuk mendapat Pelan Ukur (PU) dalam penyediaan Hakmilik Sambungan tersebut, iaitu:

     

    Pentadbir Tanah Daerah (PTD) membuat permohonan Pelan Ukur (PU) ke JUPEM. Seterusnya, pihak JUPEM akan mengemukakan Pelan Akui (PA) yang telah diluluskan oleh jabatan tersebut kepada PTD untuk proses pengeluaran Hak Milik Sambungan dan Hak Milik Sambungan akan disediakan berdasarkan PA tersebut; atau

     

    Agensi pemohon melantik sendiri Juru Ukur Berlesen untuk menyediakan PA dan mengemukakan ke JUPEM untuk mendapatkan pengesahan. Selepas itu, pihak agensi perlu mengemukakan PA tersebut kepada PTD untuk proses pengeluaran Hak Milik Sambungan yang akan disediakan berdasarkan PA yang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.