Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

87) PENYELENGGARAAN ANAK-ANAK SUNGAI YANG MELALUI TANAH-TANAH PERSENDIRIAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk menyelenggarakan anak-anak sungai yang melalui tanah-tanah persendirian?

    Berkaitan dengan anak-anak sungai yang mengalir melalui tanah-tanah persendirian, Kerajaan Negeri secara umumnya tidak mengamalkan polisi atau dasar memasuki tanah milik persendirian bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan berkenaan atas faktor perundangan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama, pihak JPS sentiasa memberi pertimbangan kepada perkara ini, bergantung kepada kes-kes dan faktor-faktor yang

     

    Pengalaman dari kes-kes sebelum ini, pihak JPS akan memberi pertimbangan untuk menyelenggara sungai berkenaan berdasarkan situasi setempat di mana kejadian banjir berlaku disebabkan oleh limpahan sungai yang melalui tanah persendirian berkenaan. Dalam hal ini, kebenaran bertulis kesemua pemilik tanah yang berkenaan adalah diperlukan sebelum sesuatu tindakan boleh diambil.

     

    Selain dari itu, keutamaan dalam perancangan bajet juga perlu diambil kira. Memandangkan peruntukan yang agak terhad, pihak JPS terpaksa merancang keutamaan dalam pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sungai. Mana-mana projek yang melibatkan kepentingan lebih ramai orang awam atau dengan kata lain, lebih ramai orang awam yang akan mendapat manfaat dari pelaksanaan projek berkenaan, lebih besar keutamaan akan diberikan. Dalam kes anak sungai yang melalui tanah-tanah persendirian, bilangan penerima manfaat selalunya adalah lebih kecil. Dalam kes ini, keutamaannya juga adalah kecil.

     

     

    Maklumat Tambahan:

     

    Sungai merupakan sumber alam yang perlu dipelihara untuk membolehkan ianya diwarisi oleh generasi yang akan datang dalam keadaan yang bersih dan berada pada tahap kualiti yang membolehkan semua pengguna beroleh manfaat darinya. Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan

     

    Saliran (JPS) memainkan peranan penting dalam mengurus sumber ini selaras dengan tujuan penubuhannya pada tahun 1932. Di peringkat persekutuan, peranan dan tanggungjawab ini adalah berdasarkan Ministerial Function Act 1969: DID role in river management, flood mitigation and river conservancy.

     

    Peranan JPS dalam penyelenggaraan sungai bertujuan secara khususnya untuk memastikan sistem sungai sentiasa berada dalam keadaan hidrolik yang berkesan untuk mengurangkan kejadian banjir, meningkatkan tahap kualiti dan dalam masa yang sama berusaha untuk mengekalkan fungsi serta ciri-ciri semula jadi sistem sungai berkenaan. Untuk tujuan ini, kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang dilaksanakan oleh jabatan ini melibatkan tiga (3) bidang tugas atau skop kerja yang utama, iaitu pembersihan sungai, mengorek serta mendalamkan sungai dan penstabilan tebing.

     

    Di peringkat negeri, JPS telah mengadaptasi polisi pengurusan sungai sebagaimana yang telah digariskan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 yang menyatakan:

     

    1. memastikan pembangunan yang dijalankan mengambil kira elemen kesemulajadian sungai dengan mengekalkan ciri-ciri fizikalnya iaitu tiada pelencongan, dijajarkan, dikecilkan, dikambus dan dikonkrit. Setiap aktiviti pembangunan perlu dijalankan penilaian impak alam sekitar dan bukannya kajian kejuruteraan sahaja;

     

    1. memastikan projek pembangunan yang dijalankan mematuhi Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (Erosion and Sediment Control Plan – ESCP) dan mengaplikasikan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA).

     

    • memastikan pengawalan aktiviti pembangunan di kawasan rizab sungai dengan pewartaan rizab sungai sebagai `zon perlindungan’.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.