Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

151) PENYELENGGARAAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kos penyelenggaraan Bas Selangorku pada tahun 2016?

    Pelaksanaan perkhidmatan Bas Smart Selangor di sebelas Pihak Berkuasa Tempatan pada tahun 2016 setakat 15 Oktober 2016 telah menelan belanja sebanyak RM8,828,782.64 di bawah peruntukan Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor. Jumlah keseluruhan kos tersebut adalah bagi tempoh 12 bulan merangkumi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan. Kos sewaan sebanyak RM800 sebuah bas sehari adalah termasuk kos penyelenggaraan oleh pihak operator perkhidmatan yang dilantik iaitu RapidBus Sdn. Bhd bagi Bas Smart Selangor MBSA, MPSJ, MPK, MPAJ, MPKj, MPS dan MPSp, Syarikat Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd., bagi Bas Smart Selangor MDKS dan MDSB dan Syarikat SKS Coachbuilders bagi Bas Smart Selangor MDHS. Ini bermaksud penyelenggaraan bas adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab operator perkhidmatan yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.