Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

5) PENYELENGGARAAN BAS SELANGORKU

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perbelanjaan untuk menyelenggara Bas Selangorku pada tahun 2015?

    a) dan b)

     

    Penyediaan Bas Smart Selangor pada tahun 2015 adalah menggunakan peruntukan di bawah Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Negeri Selangor berjumlah RM6,013,804.00. Jumlah keseluruhan kos tersebut adalah bagi tempoh 12 bulan merangkumi kos sewaan, wrapping, penyelenggaraan dan cukai barangan dan perkhidmatan sebanyak 6 peratus (6%). Syarikat Rapid Bus Sdn. Bhd. adalah operator perkhidmatan yang dilantik bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor pada tahun 2015. Kos sewaan sebanyak RM800 sebuah bas sehari adalah termasuk kos penyelenggaraan oleh pihak operator iaitu Rapid Bus Sdn. Bhd. Ini bermakna penyelenggaraan bas adalah sebahagian daripada tanggungjawab operator yang dilantik.

Lampiran

Tiada Lampiran.