Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

156) PENYELENGGARAAN DAN PENURAPAN JALAN-JALAN KAMPUNG SERTA JALAN-JALAN DI TANAH LOT PERSENDIRIAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam kerja-kerja penyelenggaraan dan penurapan jalan kampung dan jalan di tanah lot persendirian di seluruh Negeri Selangor?

    a) Kerajaan Negeri tiada halangan terhadap cadangan penyelenggaraan atau penurapan jalan kampung yang melalui lot tanah persendirian di seluruh Negeri Selangor dengan satu syarat asas iaitu Agensi / Jabatan telah memperolehi kebenaran bertulis daripada pemilik berdaftar lot tanah tersebut atau mereka yang berkepentingan (beneficiary owner). Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri telah memaklumkan dasar Kerajaan Negeri ini untuk makluman kesemua agensi pelaksana projek MARRIS dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir MARRIS Bil.6 Tahun 2015 sebagai ingatan susulan. Kerajaan Negeri juga pada ketika ini sedang melaksanakan Kerja Cerapan Jalan Kampung dan Persendirian bagi memperkemas pendaftaran jalan-jalan tersebut dalam Sistem MARRIS Online. Kerja cerapan tersebut dijangka dapat disiapkan pada bulan Jun 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.