Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

233) PENYELENGGARAAN DEWAN/BALAIRAYA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Isu Penyelenggaraan Dewan2 /balai raya DUN Meru Ð bil elektrik, air, pemotongan rumput dan lain2. Ð bil tertunggak TNB/SYABAS - bekalan telah dipotong Sebelum 2008, dewan dan balai raya di seluruh kampung mempunyai amaun tunggakan yang tinggi walaupun penggunaan minima pada setiap bulan. Ini menunjukkan tiada pemotongan dilakukan oleh pihak SYABAS dan TNB sendiri. Tetapi selepas 2008, PR memerintah, semua balai dan dewan telah dipotong bekalan tanpa notis menyebabkan kesukaran kepada pentadbir JKKK yang baru. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini terutama balai raya/dewan di bawah seliaan Pejabat Daerah Masing-masing. Apakah peranan Pejabat daerah bagi mengekalkan dewan/balai raya untuk terus dalam keadaan baik dan terurus.

    Bagi setiap dewan / balai raya yang telah diserahkan  dan dipertanggungjawabkan penggunaannya kepada JKKK, Pejabat Daerah / Tanah Klang membuat pemantauan secara  berkala  bagi memastikan  dewan / balai raya  berkenaan  digunakan  dengan baik  dan terurus oleh JKKK. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat permohonan daripada JKKK bagi kerja – kerja membaikpulih dewan / balai raya, PDTK bertanggungjawab untuk :

    1. Mengenal pasti punca dan jenis kerosakan dewan / balai raya JKKK.
    2. Memastikan bahawa dewan / balai raya berkenaan berkeperluan dan aktif digunakan bagi tujuan awam untuk masyarakat setempat.
    3. Menyediakan anggaran harga (BQ) bagi kerja-kerja pembaikan dan seterusnya;
    4. Mengemukakan ke Seksyen Agihan  dan Pembangunan, UPEN untuk kelulusan peruntukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.