Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

91) PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI DI BAWAH PEJABAT DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa dan penyelenggaraan Pejabat Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.

    Sehingga Disember 2019, sejumlah 26 Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah/ Tanah Kuala Langat. Daripada jumlah ini, 4 daripadanya terletak di DUN Telok Dato’, 3 dari DUN Tg. Sepat, 12 daripada DUN Morib dan 7 dari DUN Sijangkang.

Lampiran

Tiada Lampiran.