Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

161) PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR AWAM OLEH JKKKP

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah agensi-agensi Kerajaan Persekutuan seperti JKKKP dan sebagainya mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan infrastruktur seperti parit, jalan dan bangunan tanpa mendapat kebenaran daripada PBT?

    Untuk makluman, berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),sebarang pemajuan atau kerja-kerja pembinaan infrastruktur jabatan-jabatan atau agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu untuk berunding dan mendapatkan kebenaran dengan Jawatankuasa yang meluluskan pembangunan contohnya OSC, Jawatankuasa Perancang Teknikal dan sebagainya tentang apa-apa aktiviti pemajuan yang dicadangkan untuk dijalankan di dalam Negeri tersebut. Sekiranya pihak JKR ingin membina jalan di atas jalan JKR di Negeri tersebut maka pihak JKR ada kuasa berbuat demikian dan tidak perlu mendapatkan kebenaran dari PBT. Manakala seandainya untuk pembinaan struktur atau bangunan seperti futsal, walaupun peruntukan disalurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan , pihak konsultan yang dilantik perlu menghantar permohonan kepada PBT seperti pelan yang berkaitan tetapi syarat dilonggarkan dan dikecualikan dari memohon kebenaran merancang (KM).

     

    Setiap pemajuan atau pembinaan yang melibatkan PBT dibenarkan dengan syarat perlu diserahkan kepada PBT dengan alasan struktur berkenaan didirikan atas tanah PBT tersebut sama seperti pihak PBT menyediakan kemudahan masyarakat untuk orang ramai. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi tindakan seperti amaran secara lisan , penghantaran notis menghentikan kerja (Stop Work Order) di buat serta-merta ke atas pembinaan struktur dan arahan pulih tanah seperti asal dikeluarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.