Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

140) PENYELENGGARAAN JALAN DI PANGSAPURI-PANGSAPURI BERSTATUS PEMILIKAN STRATA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah penyelesaian yang dicadangkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi menangani masalah penyelenggaraan jalan di pangsapuri-pangsapuri berstatus pemilikan strata?

    Pada tahun 2016 sehingga 2018, Kerajaan Negeri telah membantu untuk menangani masalah penyelenggaraan jalan di pangsapuri kos rendah melalui kaedah pindahan (swapping) peruntukan dengan tabung penyenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan.  Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM26,333,002.08 seperti berikut:

     

    TAHUN JUMLAH PROJEK NILAIAN KOS (RM)
    2016 25 7,491,753.15
    2017 32 9,303,245.93
    2018 27 9,538,003.00
    JUMLAH 87 26,333,002.08

     

    Yang Berhormat juga boleh mengemukakan permohonan bantuan penyelenggaraan jalan dalam pangsapuri kos rendah kepada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.