Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

69) PENYELENGGARAAN JALAN, LONGKANG, PEMBERSIHAN RUMPUT MILIK JABATAN KERJA RAYA DAN JABATAN PARIT DAN SALIRAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan mengatasi masalah penyelenggaraan jalan, longkang, pembersihan rumput milik Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS) yang kadang-kadang berkeadaan tidak terurus sehingga mengaibkan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri?

    Bagi mengatasi masalah  tersebut,  pihak  PBT  contohnya  MBSA  akan  menghantar surat yang disertakan bersama laporan bergambar dan notis amaran yang dikeluarkan di bawah Seksyen 74 Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang meminta pihak terbabit mengambil tindakan pembersihan dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam notis tersebut. Secara alternatif Majlis juga boleh mengambil tindakan di bawah Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pemantauan dari masa ke semasa turut dijalankan dlapangan bagi menyelesaikan aduan awam yang diterima. Selain itu, forum berkala turut dilaksanakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang diadakan pada setiap bulan bersama beberapa jabatan berkaitan seperti JKR dan JPS oleh pihak MPK bagi membincangkan isu berbangkit termasuklah masalah penyelenggaraan jalan, longkang, pembersihan rumput milik Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS).

Lampiran

Tiada Lampiran.