Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

27) PENYELENGGARAAN JALAN, PARIT, LONGKANG DAN RUMPUT TEPI JALAN BAGI JALAN-JALAN JKR DAN JALAN-JALAN LUAR BANDAR

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mohon penjelasan YAB Dato Menteri Besar, sejauh manakah peranan kerajaan Selangor melaksanakan dan melakukan pemantauan terhadap aspek penyelenggaraan jalan, parit, longkang dan rumput tepi jalan bagi jalan-jalan JKR dan jalan-jalan luar bandar?

    Penyelenggaraan jalan dibahagikan kepada dua Konsesi di mana Jalan Persekutuan adalah di bawah Syarikat Konsesi Roadcare Sdn.Bhd dan Jalan Negeri di bawah Syarikat Konsesi KPS HCM Sdn.Bhd. Jalan pula dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Jalan Protokol, Jalan Utama, Jalan Sekunder dan Jalan Minor di mana kategori-kategori jalan ini memainkan peranan di dalam jadual penyelenggaraan. Panjang keseluruhan Jalan Negeri oleh konsesi KPS HCM mengikut kategorinya adalah seperti berikut :

    Bil Kategori Jalan Panjang (KM)
    1 Jalan Protokol 156.84
    2 Jalan Utama 829.04
    3 Jalan Sekunder 1975.0
    4 Jalan Minor 974.33
      JUMLAH 3935.21

    Untuk semua kategori jalan ini pihak konsesi menjalankan kerja kerja penyelenggaraan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dipersetujui seperti di dalam Kontrak Penyelenggaraan Jangka Panjang. Jadual penyelenggaraan adalah seperti berikut :

    Bil Penyelenggaraan Butiran
    1 Potholes •      Lubang dipermukaan jalan, berukuran tidak kurang 200mm garis pusat dan tidak kurang 25 mm dalam.

    •      Ditampal dalam tempoh 24 jam

    2 Keretakan jalan  Garisan retak lebih daripada 2 mm lebar dan 1 m panjang.
    3 Bahu jalan •      Melibatkan kerja mengred semula, memadat dan membentuk tanah atau batu kerikil mengikut ketetapan standard specification for road works

    JKR/SPJ/1998.

    •      Mengurangkan aras antara permukaan jalan dan bahu jalan seeloknya permukaan jalan 10 mm lebih tinggi dari bahu jalan.

    4 Potong rumput •      Memastikan bahu jalan sentiasa bersih, kemas dan rumput tidak mempunyai ketinggian melebihi 150 mm.

    •      Rumput harus dipotong dari ketinggian 50 mm dari aras tanah.

    •      Jadual penyelenggaraan rumput

      Bil Kategori jalan Tempoh  
    1 Jalan Protokol 12 kali setahun
    2 Jalan Utama 8 kali setahun
    3 Jalan sekunder 6 kali setahun
    4 Jalan Minor 3 kali setahun

     

    5 Perabut Jalan •      Membersihkan guardrails, barriers, papantanda jalan, kilometer post dan lampu isyarat.

    •      Jadual penyelenggaraan perabut jalan

    Bil Kategori jalan Tempoh
    1 Jalan Protokol 1 kali setiap 6 bulan
    2 Jalan Utama 1 kali   setiap 18 bulan
    3 Jalan sekunder 1 kali setiap 18 bulan
    4 Jalan Minor 1 kali setiap 24 bulan
    6 Longkang Jadual penyelenggaraan longkang

    Bil Kategori jalan Tempoh
    1 Jalan Protokol 1 kali setiap 6 bulan
    2 Jalan Utama 1 kali setiap 12 bulan
    3 Jalan sekunder 1 kali setiap 12 bulan
    4 Jalan Minor 1 kali setiap 18 bulan

    Aspek Pemantauan :

    Selepas pihak Konsesi selesai menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, konsesi tersebut diminta menghantar laporan bergambar kerja-kerja yang telah dilaksanakan. Selain itu pihak JKR Daerah akan diminta untuk menjalankan siasatan adakah kerja-kerja tersebut benar-benar telah dilakukan sebelum sebarang pembayaran dibuat.

    Aduan-aduan dari orang awam juga diambil kira dan siasatan serta tindakan lanjut diambil ke atas pihak konsesi untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

    Isu yang timbul adalah disebabkan oleh kekerapan kerja penyelenggaraan yang dibuat. Kerja-kerja memotong rumput misalnya di antara 1 bulan sekali sehingga 4 bulan sekali dan kerja-kerja pembersihan longkang di antara sekali setahun sehingga dua kali setahun. Hal ini menyebabkan rumput-rumput dilihat tidak dipotong dengan sempurna manakala parit dan longkang pula tidak dibuat pembersihan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan kekerapan kerja-kerja penyelenggaraan rumput dan juga pembersihan longkang.

Lampiran

Tiada Lampiran.