Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

202) PENYELENGGARAAN JALAN PLB/JKR DI KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri bercadang meningkatkan kekerapan penyelenggaran jalan-jalan dan longkang bagi jalan-jalan kampung PLB dan JKR daripada 2 kali setahun kepada sekurangnya 4 kali setahun?

    Berdasarkan kepada Kontrak Jangka Panjang penyelenggaraan Jalan Negeri sedia ada, pusingan penyelenggaraan longkang untuk Secondary Road dan Minor Road di bawah JKR masih dikekalkan kepada 2 kali setahun. Walau bagaimanapun, pihak konsesi akan diarah untuk melaksanakan pusingan penyelenggaraan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di sesebuah lokasi, contohnya untuk mengatasi masalah banjir.

    Keperluan pusingan penyelenggaraan longkang Secondary Road dan Minor Road di bawah JKR dari 2 kali kepada 4 kali setahun akan diteliti dan diberi pertimbangan pada Kontrak Jangka Panjang akan datang kerana ianya akan melibatkan peningkatan kos sebanyak dua kali ganda. Ianya sedang dikaji disebabkan akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.