Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

229) PENYELENGGARAAN JALAN PLB/JKR DI KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang meningkatkan kekerapan penyelenggaran jalan-jalan dan longkang bagi jalan-jalan kampung PLB dan JKR daripada 2 kali setahun kepada sekurangnya 4 kali setahun?

    Berdasarkan kepada Kontrak Jangka Panjang penyelenggaraan Jalan Negeri sedia ada, pusingan penyelenggaraan longkang untuk Secondary Road dan Minor Road di bawah JKR masih dikekalkan kepada 2 kali setahun. Walau bagaimanapun, pihak konsesi akan diarah untuk melaksanakan pusingan penyelenggaraan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di sesebuah lokasi, misalnya untuk mengatasi masalah banjir.

     

    Anggaran kos tahunan semasa bagi penyelenggaraan longkang adalah RM 1200.00 / km / tahun.

    Keperluan pusingan penyelenggaraan longkang Secondary Road dan Minor Road di bawah JKR dari 2 kali kepada 4 kali setahun akan diteliti dan diberi pertimbangan di dalam kontrak penyelenggaraan yang akan datang dan akan  melibatkan peningkatan kos kepada kerajaan.

    • Anggaran Kos Bulanan Penyelenggaraan Longkang

    = RM 100.00 / Kilometer

Lampiran

Tiada Lampiran.