Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

84) PENYELENGGARAAN KERETA PROTON PERDANA V6

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kes pembelian kereta Mercedes untuk kegunaan pegawai-pegawai Kerajaan Negeri dan EXCO Terengganu menimbulkan syak di kalangan rakyat tentang kemungkinan berlakunya penyelewengan perbelanjaan dalam menyelenggarakan kenderaan milik Kerajaan Negeri tersebut. Apakah Kerajaan Negeri hari ini sudah meneliti kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 yang digunakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu dan berapakah jumlahnya? Apakah ia munasabah?

    Jumlah kos menyelenggara kereta tersebut adalah seperti berikut :-
    Bil Nama Syarikat Jumlah (RM)
    1. Data Mewah Sdn Bhd 7,124.00
    2. Kia Protee Services Sdn. Bhd. 7,841.00
    3. Metro Vellay Autitech Sdn. Bhd 26,796.00
    4. Free Will Auto Sdn. Bhd 2,110.00
    5. Massaga Auto Services Sdn Bhd. 34,818.04
    6. Bengkel Kereta Sahar 25,842.25
    7. Syarikat Perkhidmatan Shah Jaya 1,119.00
    8. Zaan Maju Enterprise 246.00
    9. E D Tayar dan Bateri Sdn Bhd 10,427.00
    10. Syarikat Tayar Soon Leong 3,622.00
    Jumlah Keseluruhan : 119,945.29
    Kerajaan Negeri berpendapat kos senggaraan yang dibayar kepada 10 Syarikat adalah
    didapati munasabah.

    JAWAPAN DARI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR
    a) Kerajaan Negeri sudah meneliti kos-kos penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6
    yang digunakan kenderaan rasmi AMMKN, Speaker dan Timbalan Speaker oleh
    kerajaan terdahulu. Jadual seperti di lampiran A adalah kos penyelenggaraan setiap
    kenderaan rasmi yang digunakan oleh kerajaan terdahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.