Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

107) PENYELENGGARAAN KOLAM-KOLAM TAKUNGAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memandangkan pihak MPKj dan JPS selalu saling menolak tanggungjawab terhadap penyelenggaraan kolam-kolam takungan, bolehkah pihak kerajaan memberi petunjuk yang jelas mengenainya?

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah memohon peruntukan tambahan bagi menyelenggara kolam takungan banjir Negeri Selangor di bawah Peruntukan Mengurus B13-505000-28000 pada 8 September 2005 yang lalu. Namun begitu, Perbendaharaan Negeri berpendapat tanggungjawab untuk menyelenggara kolam takungan banjir di seluruh Negeri Selangor adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan, bukannya JPS sepertimana lampiran surat dengan rujukan no. bil (35) dlm. PWN.Sel.(A)RAHSIA308/1/2. Dalam hubungan ini, Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi tujuan tersebut dalam Bajet

    Selain itu, berdasarkan Keputusan Mesyuarat Kabinet pada 6 Jun 1996, keputusan bahawa hak pemilikan bagi kolam takungan MSMA adalah di bawah hak Kerajaan Negeri memandangkan kolam tersebut dibina di atas tanah Kerajaan Negeri dan penyelenggaraan juga hendaklah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan. Keputusan ini juga telah dibentangkan pada Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu-isu Berbangkit Mengenai Kolam Takungan MSMA yang diadakan oleh Kementerian Sumber  Asli dan Alam Sekitar.

    Sila rujuk Lampiran yang disertakan sebagai rujukan dan maklumat tambahan.

    Namun begitu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor sanggup dan bersedia menyelenggarakan kolam-kolam takungan MASMA tersebut sekiranya peruntukan khas disediakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.