Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

8) PENYELENGGARAAN KOLAM TAKUNGAN SALIRAN MESRA ALAM (MSMA)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah agensi Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menyelenggarakan Kolam Takungan Saliran Mesra Alam (MSMA) di kawasan taman perumahan setiap PBT? Sila menyatakan dalam rekod, berapakah MSMA yang ada di Daerah Kuala Langat?

    Berdasarkan surat Perbendaharaan Negeri Selangor Bil.(35)dlm.PWN.Sel.(A) RAHSIA 308/1/2 bertarikh 8 hb. September 2005 kepada JPS Selangor berhubung perkara “Memohon Ulasan Terhadap Penyediaan Kertas EXCO: Permohonan Tambahan Peruntukan bagi Menyelenggara Kolam Takungan Banjir Negeri Selangor DiBawah Peruntukan Mengurus B13-50500-28000.

    Ulasan Perbendaharaan Negeri adalah seperti berikut:

    “Perbendaharaan Negeri berpendapat tanggungjawab untuk menyelenggara kolam takungan banjir diseluruh Negeri Selangor adalah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan, bukannya JPS. Dalam hubungan ini, Pihak Berkuasa Tempatan akan menyediakan peruntukan yang mencukupi bagi tujuan tersebut dalam bajet 2006”

    Berdasarkan Minit Mesyuarat Cadangan Penyelesaian Isu Dan Masalah Berkaitan Kolam Takungan Saliran Mesra Alam (MSMA) yang diadakan pada 23 hb Mei 2011, yang dipengerusikan oleh Encik Baba Bin Hasan, Setiausaha Bahagian, Bhg. Sumber Air, Saliran dan Hirdrologi, Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar.

    Dalam mesyuarat tersebut menyatakan;

    Perkara 2.1 (b)  “Bahawa  hak pemilikan bagi kolam takungan MSMA ini adalah dibawah hak Kerajaan Negeri memandangkan kolam tersebut dibina diatas tanah Kerajaan Negeri dan penyelenggaraan juga hendaklah dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan (berdasarkan Keputusan Mesyuarat Kabinet bertarikh 6 hb Jun 1996).

    JPS hanya bertanggungjawab bagi penyelenggaraan sungai dan kerja-kerja tebatan banjir.

    Secara umumnya, terdapat 27 kolam yang direkodkan di Daerah Kuala Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.