Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

251) Penyelenggaraan Palong Air Untuk Tanaman Padi

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kaedah penyelenggaraan dan pengurusan operasi Palong Air ini dilaksanakan?

    Kaedah penyelenggaraan palong air yang dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) adalah seperti berikut :

    1. Kaedah pertama adalah penyelenggaraan secara berkala yang dilaksanakan setahun sekali selepas musim menuai bagi palong yang kriktikal atau yang mengalami kerosakan yang banyak. Kerja ini dilaksanakan melalui kontraktor yang dilantik melalui perolehan secara undi atau sebutharga. Skop kerja adalah membersihkan kiri dan kanan palong termasuk membuang kelodak serta menampal kebocoran palong.
    2. Kaedah kedua dibuat secara rutin harian oleh kakitangan JPS yang dipertangungjawab untuk menjaga setiap palong. Skop kerja adalah membersihkan struktur palong, membuang sampah-sampah di dalam palong termasuk memastikan binaan dalam keadaan yang baik. Selain itu, JPS bersama petani juga melaksanakan aktiviti gotong royong untuk memastikan binaan dalam keadaan baik disamping memupuk semangat kerjasama antara petani dan JPS.
    3. Kaedah ketiga pula adalah melalui pelaksanaan kerja kecemasan bagi menangani kerosakan yang memerlukan kepakaran dan jentera. Kerja ini akan dilaksanakan melalui kontraktor yang dilantik melalui perolehan secara undi atau sebutharga. Antara skop yang dilaksanakan adalah seperti menaikkan binaan palong yang jatuh, mengukuhkan tapak ‘stump’, membaiki kerosakan struktur mekanikal, pintu, gear box termasuk melevelkan palong.

     

    Manakala bagi pengurusan operasi palong air pula dilaksanakan sepenuhnya oleh kakitangan JPS yang menjaga setiap palong. Kakitangan JPS akan menyalurkan bekalan air bermula dari kemasukan air ke dalam palong sehingga ke parit buang serta pintu air.

Lampiran

Tiada Lampiran.