PENYELENGGARAAN PARIT DAN LONGKANG DI KAMPUNG-KAMPUNG

54) PENYELENGGARAAN PARIT DAN LONGKANG DI KAMPUNG-KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masih terdapat keraguan dalam mengenalpasti tanggungjawab agensi yang terlibat. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan permasalahan ini?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 33/2018 yang diadakan pada 26 Oktober 2018 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 34/2018 pada 31 Oktober 2018 bersetuju agar Y.B. Tuan Ir. Izham bin Hashim bersama Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam menyediakan inventori berkaitan bidang kuasa dan infrastruktur seperti jalan, longkang dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta Pejabat Pembangunan Persekutuan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Negeri Selangor agar penyelarasan tanggungjawab berkaitan infrastruktur dapat dilaksanakan segera.

    Perkara ini turut dibincangkan di dalam Retreat Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 hingga 12 November 2018 di mana jawatankuasa telah bersetuju perkara ini diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

Lampiran

Tiada Lampiran.