Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

219) PENYELENGGARAAN PINTAR JALAN RAYA MENGGUNAKAN WAZE

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah dimulakan Penyelenggaraan Pintar Jalan Raya menggunakan Waze di PBT?

    Setiap tahun, salah satu fokus Kerajaan Negeri adalah untuk melahirkan usahawan yang berjaya yang memberi fokus bukan sahaja kepada bilangan usahawan tetapi proses sehingga mencapai tahap penembusan dan meluaskan pasaran luar (market penetration and expansion).  Bagi tujuan tersebut, Kerajaan

    Negeri mengadakan Program Peningkatan Keupayaan Reka Bentuk Pembungkusan Produk Usahawan Negeri Selangor (4P) kepada usahawan yang sudah bersedia untuk meluaskan pasaran ke pasaraya rantaian dan ke peringkat antarabangsa.  Program 4P ini telah dijalankan sejak tahun 2012.  Mengikut rekod setakat ini, seramai 79 orang usahawan telah menyertai program 4P.  Sebelum ini, program 4P terbuka kepada usahawan di Tahap 1, di mana perniagaan yang diusahakan di dalam skala kecil hingga sederhana.  Namun bermula tahun 2016, program ini telah menekankan kepada usahawan di Tahap 3 di mana produk usahawan telah mempunyai pensijilan halal dan program ini menambahbaik tahap pembungkusan produk untuk ke arena antarabangsa.  Program ini menawarkan beberapa siri bengkel di mana modul program merangkumi keperluan teknikal, strategi penjenamaan, peraturan pelabelan dan pembungkusan, keperluan dan peningkatan teknologi, proses pendaftaran jenama dan barcode dan pembangunan asas kawalan kualiti ke arah perlaksanaan GMP dan persijilan Halal Malaysia.    Hasil daripada penyertaan program 4P ini, produk usahawan akan mencapai piawaian dan standard untuk dipasarkan bukan sahaja ke pasaran tempatan malahan ke peringkat antarabangsa.

    Salah satu langkah bagi mengembangkan lagi permintaan pasaran produk para usahawan di negeri Selangor adalah melalui ekspo dan pameran.  Setiap tahun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menyediakan platform promosi dengan menyertai ekspo dan pameran tempatan yang bertaraf antarabangsa seperti Penang International Halal Expo Conference

    (PIHEC), Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Selangor International Expo (SIE) dan Malaysia Halal Festival (HALFEST). Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor.  Penganjuran ekspo dan pameran ini telah memberi ruang kepada usahawan dalam meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ke peringkat antarabangsa. Pada MIHAS 2016 yang berlangsung pada Usahawan yang paling berjaya pada tahun 2016 adalah pada pameran MIHAS yang berlangsung pada 30 Mac – 2 April 2016, produk kerepek seaweed jenama Teego daripada Syarikat Inspire Human Capital Development Sdn Bhd telah memperolehi kontrak pembekalan ke tiga buah negara iaitu Dubai, Jeddah dan Jepun. Manakala pada PIHEC 2017 yang berlangsung pada

    24 – 26 Februari 2017, Syarikat Dhuha Tensai Resources yang menjual makanan

    Korea telah mendapat tempahan daripada Singapura.  Manakala syarikat BioHaruantech (M) Sdn. Bhd. di bawah label Rezza Brand yang menjual pelbagai produk mi segera telah mendapat tempahan daripada Singapura, Brunei, Hong Kong, China dan Korea.  Pada MIHAS 2017 yang berlangsung pada 5 – 8 April 2017 pula Syarikat Yusa Food Products Sdn. Bhd. telah mendapat tempahan daripada Singapore, Vietnam, China dan kini sedang dalam perbincangan bersama syarikat daripada  United Kingdom.

    Pada tahun ini, buat pertama kali Kerajaan Negeri akan menyertai pameran antarabangsa ke China ASEAN Expo (CAEXPO) 2017 pada 12 hingga 15 September 2017 di Nanning, China anjuran People’s Government of Guangxi Zhuang Autonomous Region dan ditaja oleh Ministry of Commerce, P.R. China.  Kerajaan Negeri Selangor akan menyertai pameran ini  melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) memandangkan badan ini berperanan untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan memberi penekanan ekspot terhadap produk keluaran Malaysia.  Beberapa usahawan yang mempunyai produk yang boleh dikembangkan ke pasaran luar akan dipilih mewakili Negeri Selangor.  Program sebegini bukan sahaja dapat membuka peluang produk tempatan ke pasaran antarabangsa malahan peserta dapat membina jaringan perniagaan di kalangan peserta luar yang terlibat di dalam program ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.