Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

134) PENYELENGGARAAN PPRT

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kos penyelenggaraan PPRT dari tahun 2010-2015 mengikut PPRT

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini terdapat 2 projek PPRT yang dikendalikan oleh agensi Negeri iaitu Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu :

    BIL PROJEK BIL. UNIT PEMILIK PENGURUSAN
    1. PPR KG. Baru Hicom 980 LPHS PHSSB
    2. PPR Kota Damansara 1,152 MBPJ PHSSB
    JUMLAH 2,132

    PPRT ini dibina atau dibeli oleh Yayasan Perumahan Untuk Termiskin mulai tahun 2000. Walau bagaimanapun, YPUT telah dibubarkan oleh Persekutuan pada 2011. Kerajaan Negeri melalui agensi-agensi yang telah membelanjakan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan PPR/PPRT dari tahun 203 sehingga kini adalah seperti berikut:

    BIL PROJEK PERBELANJAAN
    1. PPR Kg. Baru Hicom

    (03.01.2012 sehingga 30 Sept. 2016)

    RM 8,837,830.32
    2. PPR Kota Damansara

    (01.05.2013 sehingga 30 Sept. 2016)

    RM 11,935,264.30
    JUMLAH RM 20,773,094.62

Lampiran

Tiada Lampiran.