Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

29) PENYELENGGARAAN RUMAH BERTINGKAT KOS RENDAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan Kerajaan untuk membantu penyelenggaraan rumah bertingkat kos rendah yang sering terabai terutamanya mereka yang gagal menubuhkan JMB

    Berdasarkan peruntukan Seksyen 25, Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan 2007) Akta 663, Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik ejen pengurusan untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di pangsapuri berkaitan. Kerajaan Negeri mendapati pengurusan bangunan yang dilaksanakan oleh jawatankuasa JMB atau MC adalah lebih baik melalui kos pengurusan yang lebih optimum. Kempen “Pangsapuri Kita…Bersih, Ceria Dan Harmoni” atau dikenali sebagai BCH untuk memberi kesedaran kepada penduduk pangsapuri mengenai kepentingan penubuhan JMB atau MC serta tanggungjawab bersama untuk menjaga pangsapuri mereka khususnya kepentingan membayar caj penyenggaraan. Ini adalah kerana antara faktor kegagalan dalam menubuhkan JMB atau MC adalah disebabkan pemilik tidak berminat atau pemilik mempunyai tunggakan caj. Antara pangsapuri yang berjaya ditubuhkan JMB melalui program Kempen BCH adalah Pangsapuri Rimba Jaya, MBSA dan Pangsapuri Berembang, MPAJ. Bagi memastikan penubuhan JMB dan MC diselaraskan Kerajaan Negeri telah meletakkan keutamaan penerima bantuan ke atas skim insentif yang ditawarkan Kerajaan adalah kepada pangsapuri yang mempunyai JMB dan MC.

     

    Untuk membantu masalah penyelenggaraan yang dihadapi di pangsapuri kos rendah, Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan Skim CERIA (CARING GOVERNMENT FOR RESIDENTS’ IMPROVEMENT AID) dengan

    pertambahan dana pusingan daripada 9 juta kepada 13 juta dan terkini 25 juta dengan membaikpulih atau menaiktaraf harta bersama secara perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk/pemilik. Selain itu,  Kerajaan Negeri juga memberikan rebet air percuma sejumlah RM11.40 melalui Skim SAFWA kepada setiap penduduk di pangsapuri yang dapat membantu menyelesaikan tunggakan bil air meter pukal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.