Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

195) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan dan berapakah jumlah unit rumah pangsa yang mendapat faedah dari program ini?

    Pada tahun 2010, sejumlah RM1,648,805 telah digunakan di bawah Pakej

    Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor bagi tujuan baikpulih kerosakan lif di tiga (3) pangsapuri kos rendah yang merangkumi 41 unit lif. Senarai pangsapuri tersebut mengikut pecahan kos adalah seperti berikut:-

    BIL KAWASAN PANGSAPURI BILANGAN

    LIF

    AMAUN (RM)
         
    1. Desa Mentari, Petaling Jaya 27 RM 568,805.00
    2. Taman Permai Indah, Klang 8 RM 600.000.00
    3. Taman Ampang Mewah, Ampang 6 RM 480,000.00
      JUMLAH 41 RM 1,648,805.00
       

    Manakala bagi tahun 2011, sejumlah RM2 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah Skim Bantuan Baikpulih Negeri Berkebajikan bagi menampung kos keperluan 18 kawasan pangsapuri kos rendah yang meliputi hampir 8,000 unit kediaman. Skim ini akan dibiayai melalui penubuhan Tabung Amanah berjumlah RM9.7 juta. Senarai 18 kawasan terbabit adalah seperti berikut:-

     

    BIL NAMA PANGSAPURI PBT DEWAN

    UNDANGAN

    NEGERI

    (DUN)

    BIL UNIT ANGGARAN

    KOS

    (RM)

    DESKRIPSI

    KEROSAKAN

    HARTA

    BERSAMA

       
     
     
    1. Pangsapuri

    Ampang

    Mewah, Jalan

    Mewah 8

    MPAJ LEMBAH JAYA 428 64,000 4 unit tangki
    2. Flat          700,

    Pandan

    Perdana

    MPAJ TERATAI 700 324,000 4 unit lif
    3. Pangsapuri Sri Intan, Ampang MPAJ LEMBAH JAYA 208 110,000 1 unit lif
    4. Rumah

    Pangsa

    Taman Kosas,

    Ampang

    MPAJ LEMBAH JAYA 651 185,000 Kerosakan bumbung membabitkan

    134 unit rumah di tingkat paling atas

    5. Pangsapuri

    Flora

    Damansara A

    & B

    MBPJ BUKIT LANJAN 1,157 212,000 4 unit lif
    6. Pangsapuri

    Desa

    Perangsang

    Blok A & B

    MBPJ TAMAN MEDAN 300 100,000 2 unit lif
    7. Apartment

    Taman Medan

    Jaya Blok C

    MBPJ TAMAN MEDAN 421 7,757 2 unit lif
    8. Flat Taman Medan 32

    (Blok    A-E), Taman Medan

    Baru

    MBPJ TAMAN MEDAN 500 192,243 Salur   air hujan (gutter) 5 blok
    9. Rumah

    Pangsa     Kos

    Rendah Blok 1

    Desa Mentari

    MBPJ SERI SETIA 296 42,000 2 unit lif
    10. Flat Taman Sri

    Aman

    MBPJ KAMPUNG TUNKU 350 131,000 3 unit lif
    11. Tembikai       &

    Pulasan Court

    MPSJ SERI KEMBANGAN 480 56,000 Salur air hujan (gutter)

    4 blok

    12. Pangsapuri

    Kos            Rendah Taman Langat

    Utama

    MDKL DENGKIL 80 93,000 Kerosakan bumbung yang menjejaskan
                16 unit tingkat

    5 Blok G

    13. Flat      Taman

    Damai Jaya

    MPKj KAJANG 214 18,000 Pembentong

    di Blok C

    14. Pangsapuri

    Pinggiran

    Delima Blok D

    & E

    MPKj DUSUN TUA 180 42,000 Bumbung

    Blok D & E

    15. Pangsapuri Mentari MBSA KOTA DAMANSARA 850 45,000 3 unit lif
    16. Rumah      Kos

    Rendah

    Taman

    Subang

    Perdana

    MBSA KOTA

    DAMANSARA

    200

    (anggarankerana JMB tiada rekod)

    24,000 Bumbung  
    17. Pangsapuri

    Blok Mawar &

    Cempaka

    MPK KOTA

    ANGGERIK

    617 250,000 5 unit Lif  
    18. Pangsapuri Pendamar 7A MPK PELABUHAN KLANG 216 100,000 2 unit lif  
        JUMLAH 7,848 RM2,000,000    
     

    Manakala baki RM7.7 juta akan digunakan bagi fasa seterusnya dan dijangka sebanyak 70 pangsapuri kos rendah akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.