Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

94) PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA KOS RENDAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak telah kerajaan Selangor belanja pada tahun 2011 untuk membaikpulih lif, bumbung dan bangunan rumah pangsa kos rendah di seluruh Selangor? Berikan pecahan mengikut rumah pangsa dan peruntukan dan tujuan kegunaan peruntukan?

    Kerajaan Negeri melalui Skim CERIA (Caring Government for Residents’ Improvement Aid) telah membelanjakan sejumlah RM2.3 juta bagi membaikpulih harta bersama 17 kawasan pangsapuri kos rendah pada tahun 2011 (Fasa I). Senarai lengkap kerja baikpulih yang terlibat adalah seperti di Lampiran A.