Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

228) Penyelenggaraan Sistem Pengairan

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem pengairan di kawasan Tanjong Karang dan nyatakan projek yang sedang dijalankan.

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah menerima peruntukan sebanyak RM500,000.00 daripada Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem pengairan bagi tahun 2020. Peruntukan ini telah diberi kepada 2 daerah iaitu Daerah Sabak Bernam dan Daerah Kuala Selangor. Manakala bagi kawasan pengairan Tanjong Karang telah menerima peruntukan sebanyak RM150,000.00. Kerja-kerja pembaikan dan membaikpulih sistem pengairan yang dijalankan adalah seperti berikut :-

    Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM12.9 juta bagi pelaksanaan Kerja-Kerja Menaiktaraf Struktur Taliair Palong Dan Sistem Saliran Pertanian Di Skim Pengairan Barat Laut Selangor iaitu di kawasan Sawah Sempadan Tanjung Karang. Status pelaksanaan projek ini adalah di peringkat kerja ukur serta rekabentuk terperinci manakala kerja fizikal akan dilaksanakan pada RMK-12. Projek ini jangka ditender pada Disember 2020. Skop kerja adalah membina semula struktur palong serta membaikpulih permukaan palong sedia ada sepanjang 22km.

     


    MAKLUMAT TAMBAHAN:

    Kawasan pengairan Tanjong Karang juga termasuk di dalam kawasan penyelenggaraan oleh IADA Barat Laut iaitu agensi di bawah jabatan persekutuan. Pada tahun 2020, kos penyelenggaraan adalah sebanyak RM250,000.00. Senarai kerja adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.