Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

61) PENYELENGGARAAN SUNGAI KAYU ARA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan keseluruhan JPS untuk menyelenggara Sungai Kayu Ara?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah merancang program-program penyelenggara sungai di Sungai Kayu Ara yang mana ianya melibatkan kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sampah sarap serta halangan-halangan yang menyekat aliran air sungai dari berlaku masalah banjir di kawasan penduduk setempat.

    Di samping itu juga, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor turut merancang untuk menjalankan kerja-kerja pengukuhan tebing parit dan pembaikan struktur yang rosak di sepanjang Sungai Kayu Ara tersebut. Walaubagaimanapun, JPS Negeri Selangor sedang di dalam proses melantik kontraktor bagi menyiapkan projek terbengkalai menaiktaraf saluran Sungai Kayu Ara untuk dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.