Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

262) PENYELENGGARAAN TANGKI PERKHIDMATAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tangki perkhidmatan air yang telah terbengkalai di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

    Jumlah keseluruhan kolam-kolam air dan tangki simpanan ini di seluruh negeri Selangor, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di bawah pengurusan SYABAS adalah berjumlah 1,565. Daripada jumlah tersebut, hanya 68 buah kolam dan tangki simpanan yang tidak digunakan atas pelbagai

     

    Bukan semua tangki yang terbengkalai akan di baik pulih. Tangki yang terbengkalai kerana paip pintasan tanpa melalui kolam-kolam air. Tindakan ini dilakukan kerana sumber bekalan air terawat yang tidak mencukupi menyukarkan proses menaikkan paras kolam air simpanan sebelum air disalurkan ke kawasan pengguna.

     

    Manakala, tangki yang mempunyai kerosakan kerana struktur, termasuk perkakas mekanikal dan elektrik, disebabkan usia dan vandalisme akan dibaiki setelah peruntukan diteliti dan dibaiki mengikut keutamaan perbelanjaan modal yang bakal diluluskan olek Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.