Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

148) PENYELENGGARAAN TASIK CEMPAKA BANDAR BARU BANGI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Tasik Cempaka adalah pusat kegiatan riadah di tengah-tengah Bandar Baru Bangi. Keadaan tasik ini airnya kotor, penuh tumbuhan liar, sampah sarap dan berbau busuk, mencacatkan pemandangan Bandar Baru Bangi. Mengapakah keadaan ini dibiarkan berterusan?

    Penyelenggaraan tasik ini (yang sebenarnya merupakan sebatang sungai bernama Sungai Air Hitam) adalah di bawah tanggungjawab sepenuhnya pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS). Untuk makluman, skop penyelenggaraan bagi pihak MPKj di kawasan  tersebut hanya meliputi persekitaran taman awam/rekreasi dan tidak termasuk badan air. Antaranya adalah pembersihan sampah tabur dan daun kering kawasan taman,            mencantas pokok renek/ pokok teduhan, merumpai menggembur tanaman landskap, membaja, memotong rumput dan amalan penyelenggaraan yang berkaitan. Surat makluman kepada pihak JPS juga telah  dihantar pada 23 Julai 2019 (Selasa).

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.