Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

47) PENYELENGGARAAN TASIK COVA

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca sebenar atau utama yang menyebabkan kelewatan penyelenggaraan Tasik Cova?

    Berdasarkan kepada Mesyuarat EXCO MTES Bil 30/2019 telah bersetuju agar pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan Tasik Cova. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor telah melantik KSSB untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut bermula dari 13 Januari 2020 sehingga 31 Oktober 2020. Punca kelewatan penyelenggaran adalah disebabkan oleh:

    1. Terlibat dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 Mac 2020 sehingga 24 Jun 2020.

    2. Ketiadaan laluan keluar masuk yang sesuai kerana jalan sediada merupakan laluan keluar masuk utama penduduk dan laluan alternatif melibatkan kos sewaan yang tinggi kepada pihak KSSB.

    Satu sesi mesyuarat bersama stakeholder telah diadakan pada 10 September 2020 bersama semua agensi dan persatuan penduduk di kawasan sekitar Tasik Cova yang rata-rata bersetuju dan menyambut baik cadangan penyelenggaraan dengan beberapa tuntutan yang telah disuarakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.