Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

91) PENYELENGGARAN JALAN-JALAN NEGERI DI KUALA LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kerja dan peruntukan penyelenggaraan JKR yang dibelanjakan untuk jalan-jalan negeri di DUN Banting seperti berikut

    Mengikut rekod, pada tahun 2018 Jalan Sungai Buaya (B340) telah dibaikpulih di bawah tender Kontrak Berpusat Penyelenggaraan Jalan Negeri dengan anggaran kos berjumlah 2 juta.

    Pada tahun 2019, bagi jalan-jalan yang dinyatakan (Item b – Item f) adalah tertakluk di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri dengan anggaran kos berjumlah RM8.8 juta setahun untuk Daerah Kuala Langat. Kontrak penyelenggaraan ini secara umumnya melibatkan penyelenggaraan secara rutin serta penyelenggaraan secara berkala pavemen dan berkala bukan pavemen.

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.