Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

99) PENYELESAIAN AGIHAN TANAH KEPADA PENEROKA DI KAMPUNG SERI SENTOSA, KAMPUNG SRI AMAN DAN KAMPUNG KERETA API BUKIT BADUNG DI DUN IJOK

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Masalah ini dijanjikan akan selesai pada hujung tahun 2017 tetapi hingga kini tiada penyelesaian. Bilakah pengukuran tanah (land survey) akan selesai?

    Soalan dijawab bersekali ‘a’ dan ‘b’

    Kampung Sri Aman, Mukim Ijok

    Pengukuran telah dibuat oelh Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM). Setelah disemak di dalam system Jupem2u, JUPEM masih dalam proses akhir mengeluarkan Pelan Akui.

    Kampung Sri Sentosa, Mukim Ijok

    Terdapat Pelan Akui yang telah dikeluarkan oleh pihak JUPEM seperti senarai berikut:

    1.         PA 233690 11.       PA 230553
    2.         PA 233691 12.       PA 231173
    3.         PA 231024 13.       PA 231174
    4.         PA 231025 14.       PA 231175
    5.         PA 231026 15.       PA 231176
    6.         PA 231027 16.       PA 231006
    7.         PA 230163 17.       PA 231010
    8.         PA 230164 18.       PA 231191
    9.         PA 230165 19.       PA 231192
    10.       PA 231445 20.       PA 231193

    Sebanyak 116 lot tanah telah dikeluarkan Pelan Akui daripada keseluruhan 172 lot. Sebanyak 4 lot masih dalam tindakan akhir JUPEM dan selebihnya dalam tindakan pejabat tanah atau masih berstatus tanah Kerajaan.

    Kampung Keretapi, Mukim Ijok

     

    • Pengukuran tanah di kampong ini tidak dibuat kerana tanah-tanah masih belum diberimilik atau didaftarkan hakmilik kepada individu. Permohonan ukut tanah boleh dimohon kepda Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia sekiranya tanah telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan bayaran ukur

     

    • Namun, status semasa tanah adalah milikan Perbadanan Aset Keretapi (PAK) dan masih belum dilepaskan pegangan oleh

     

    • Berdasarkan mesyuarat bersam PAK pada 1 Februari 2017, PAK akan memproses melepaskan pegangan tanah tersebut setelah pelan pra-hitungan disediakan. Pejabat ini telah melantik Jurukur Samsolbahri untuk kerja-kerja pengukuran dan penyediaan pelan pra-hitungan. Pelan telah diserahkan pada 20 Julai 2017 kepada PAK untuk

     

    • Berdasarkan Surat PAK bertarikh 13 Oktober 2017, agensi berkenaan dalam tindakan membawa permohonan pelepasan tanh ini ke Mesyuarat Lembaga Pengarah PAK untuk mendapatkan

Lampiran

Tiada Lampiran.