PENYELESAIAN HOLISTIK PANGSAPURI KOS RENDAH SRI PERANTAU
1) PENYELESAIAN HOLISTIK PANGSAPURI KOS RENDAH SRI PERANTAU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan mewujudkan satu 'task force' untuk mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan masalah berangkai yang kronik di kalangan penduduk tempat kediaman tersebut
Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan serta Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang (COB MPK) telah melaksanakan pelbagai program komuniti khususnya dalam menyelesaikan masalah di pangsapuri Sri Perantau. Kegagalan penduduk dalam memberi kerjasama kepada pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) dilihat sebagai punca kepada permasalahan yang
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk melaksanakan Program Memperkasakan Komuniti Perumahan Strata melalui Projek Perintis Pemberdayaan Komuniti Di Pangsapuri Desa Mentari, Blok 2 PJS 6 Petaling Jaya bagi tempoh 2 tahun. Strategi untuk memberdayakan komuniti Pangsapuri Desa Mentari Blok 2 merangkumi 3 Skop Utama iaitu Pengurusan Fizikal, Pengurusan Komuniti dan Pengurusan Kepimpinan. Ianya merupakan program kerjasama bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan (JKKP) Pekerjaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan komuniti setempat. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri akan melihat keberkesanannya terlebih dahulu untuk diadaptasikan mengikut kesesuaian di Pangsapuri Seri Perantau.
