Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

66) PENYELESAIAN ISU LIF PANGSAPURI KOS RENDAH DI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kronologi penyelesaian isu lif di Pangsapuri Sri Perantau.

    Kronologi penyelesaian isu lif di Pangsapuri Sri Perantau seperti berikut:

    TARIKH TINDAKAN
    16 Ogos 2016 Permohonan    baikpulih    lif    Pangsapuri    Seri     Perantau di bawah Skim CERIA oleh IPC selaku ejen pengurusan yang dilantik COB MPK.
    30 Ogos 2016 Arahan kepada PKNS untuk sediakan BQ.
    24 Januari 2017 Terima BQ daripada PKNS.
    2 Februari 2017 Memo kepada bahagian Pembangunan LPHS untuk semakan BQ yang disediakan LPHS.
    11 Februari 2017 Taklimat perancangan baikpulih lif di Pangsapuri Seri Perantau secara percuma tanpa perkongsian kos di bawah program SMARTLIFE.
    6 Mac 2017 Kelulusan Pangsapuri Seri Perantau sebagai peserta program SMARTLIFE melalui Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan SMARTLIFE oleh pihak UPEN.
    27 April 2017 Arahan Perbendaharaan Negeri untuk LPHS mengeluarkan surat setuju terima kepada kontraktor yang dipilih SIC setelah didapati prosedur kewangan dipenuhi.
    4 Mei 2017 Surat lantik SIC sebagai PMC.
    23 Mei 2017 Proses tender oleh SIC.
    13 Jun 2017 Mesyuarat Perbincangan Pelaksanaan Tanggungjawab SIC Sebagai PMC Dalam Hal-Ehwal Pelantikan Firma Kompeten Lif.
    14 Jun 2017 Surat   rayuan   justifikasi   pelaksanaan   tanggungjawab             SIC sebagai PMC dalam hal-ehwal pelantikan firma kompeten lif.

     

    TARIKH TINDAKAN
    4 Julai 2017 Kelulusan   Perbendaharaan   Negeri    pelantikan    kontraktor adalah dibawah kuasa SIC yang telah diturunkan oleh LPHS.
    6 Julai 2017 Surat arahan mula kerja kepada SIC.
    12 Julai 2017 Kerja awalan baikpulih lif bermula. Jangka siap pada Januari 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.