Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

259) PENYELESAIAN ISU PEMBERIMILIKAN TANAH FELDA SUHARTO

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah penyelesaian geran pemilikan 131 orang Felda Suharto Hulu Selangor selepas 30 tahun mengusahakannya?

    Berdasarkan semakan PTD Hulu Selangor masih belum menerima permohonan tanah daripada Felda Soeharto.

    Pihak Felda memaklumkan 33 daripada 131 lot di peringkat 6 masih dalam proses kerja-kerja pengukuran halus oleh Juruukur MSC yang telah dilantik.

    Baki tanah adalah di Peringkat 4 dan 5 dalam proses mengemukakan borang permohonan ke PTD Hulu Selangor dan menurut Felda sebelum ini telah menerima arahan agar permohonan perlu dibuat bersekali dengan Peringkat 6.

     

    Tindakan Penyelesaian:

     

    PTD Hulu Selangor meminta agar pihak FELDA segera mengemukakan permohonan di peringkat 4 dan 5 terlebih dahulu manakala baki peringkat 6 dikemukakan kemudian setelah tindakan ukur selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.